fb fb fb fb fb

MALBATT 850-12 sumbang 26 ekor kambing untuk agihan

Foto RTM

LUBNAN, 7 Jun - Sebanyak 48 ekor kambing dikorbankan bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha oleh pasukan MALAYSIA BATTALION (MALBATT) 850-12.

Ia dianjurkan di Kem Marakah, Selatan Lubnan, sebagai usaha memperkukuh nilai keagamaan dan semangat pengorbanan dalam kalangan anggota.

26 ekor kambing telah disumbangkan kepada NGO Takaful Marakah dan wakil penduduk Kafr Shuba untuk diagihkan kepada komuniti yang memerlukan.

Program ini dijalankan selaras dengan semangat kerjasama awam-tentera (CIMIC).

Majlis turut diserikan dengan aktiviti memasak dan jamuan Aidiladha secara bergotong-royong yang dihadiri oleh warga pasukan.

Aktiviti ini bukan sahaja bagi mempererat hubungan sesama anggota, malah memperkukuh hubungan antara MALBATT dengan masyarakat tempatan.

Itu turut mencerminkan komitmen berterusan MALBATT dalam menjalin hubungan harmoni serta menyemai nilai kasih sayang dan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan, seiring dengan peranan mereka di bawah misi pengaman UNIFIL.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN