fb fb fb fb fb

Jemaah haji meneruskan ibadah melontar di hari kedua

Jemaah haji tiba di Mina bagi melaksanakan ibadah melontar. Foto AFP

MINA, 7 Jun - Beribu-ribu jemaah haji tiba di Mina bagi meneruskan ibadah melontar di Jamarat.

Ibadah itu bagi memperingati tindakan Nabi Ibrahim AS yang melontar syaitan di tiga tempat yang dikatakan syaitan cuba menghasut baginda supaya tidak mematuhi perintah Allah SWT untuk mengorbankan anaknya.

Ibadah itu dilakukan selepas jemaah bermalam di Muzdalifah, yang terletak di antara Mina dan Arafah.

Suhu panas melebihi 40 darjah celsius antara cabaran ditempuh jemaah haji ketika berjalan untuk melaksanakan ibadah tersebut.

Sementara itu, ribuan lagi jemaah meneruskan perjalanan haji dengan mengelilingi Kaabah di Mekah semasa solat subuh pada Sabtu.-REUTERS

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI