COPIAPO, 7 Jun - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter telah berlaku di utara Chile, awal pagi tadi.
Menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ), gempa berlaku pada kedalaman 104 kilometer (64.62 batu) dari Antofagasta.
Pihak berkuasa Chile melaporkan tiada kerosakan, kecederaan, atau kematian yang ketara berlaku.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.-REUTERS