PARIS, 18 Julai - Seramai 94 kapten akan mengemudi bot yang membawa 10,500 atlet menyelusuri Sungai Seine semasa upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 pada 26 Julai ini.
Perarakan membawa kontinjen-kontinjen yang bertanding itu akan bermula pukul 7.30 malam waktu tempatan dan membabitkan perjalanan sejauh enam kilometer.
Kesemua krew yang terlibat dalam majlis pembukaan itu turut menjalani dua sesi latihan dengan latihan berskala penuh dilaksanakan pada 27 Mei lalu.
Para kelasi dilatih untuk mengemudi keadaan tertentu dan mengikuti protokol keselamatan.
Penganjur turut sedar tentang risiko keselamatan semasa majlis itu, yang dijangka dihadiri 326,000 pengunjung.
Susulan itu seramai 45,000 pegawai penguatkuasa undang-undang ditempatkan bagi menjaga keselamatan sepanjang majlis dijalankan.
Presiden Perancis, Emmanuel Macron dilaporkan berkata, majlis itu boleh dipindahkan ke lokasi lain sekiranya berlaku amaran keselamatan tahap tinggi.REUTERS