fb fb fb fb fb

Mahkamah Pakistan gantung waran tangkap terhadap Imran Khan

(FOTO REUTERS)

KARACHI, 9 Mac-Mahkamah Tinggi Pakistan pada Selasa menggantung waran tangkap yang dikeluarkan terhadap bekas Perdana Menteri, Imran Khan pada Selasa. Ia selepas beliau gagal hadir perbicaraan kes berkaitan pembelian dan penjualan hadiah yang diberikan kenamaan asing semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Ketua Hakim Negara, Aamer Farooq mengarahkan polis untuk tidak menangkap Khan sehingga 13 Mac ini.

Mahkamah juga memerintahkan bekas perdana menteri itu hadir ke mahkamah pada tarikh sama bagi perbicaraan kes tersebut.

Minggu lalu, Mahkamah Islamabad mengeluarkan waran tangkap terhadap pemimpin itu disebabkan gagal menghadiri perbicaraan.

Polis pada Ahad cuba menahan Khan tetapi menerima tentangan hebat dari penyokongnya di Lahore.

Khan, 70 tahun, disingkirkan selepas parlimen meluluskan usul undi tidak percaya terhadapnya pada April tahun lalu.

Beliau kini disabitkan dengan pelbagai kes jenayah termasuk keganasan, cubaan membunuh dan pengubahan wang haram.-REUTERS


(Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan/REUTERS)

Media Baharu