fb fb fb fb fb

Mahkamah junta tangguh keputusan perbicaraan rasuah Suu Kyi

(FOTO AFP)

YANGON, 25 April - Mahkamah junta Myanmar menangguhkan keputusan pertama dalam perbicaraan kes rasuah membabitkan pemimpin prodemokrasi, Aung San Suu Kyi yang digulingkan, seorang jurucakap junta memberitahu AFP.

Suu Kyi, 76, telah ditahan sejak pihak tentera melakukan rampasan kuasa dan menggulingkan kerajaannya pada Februari tahun lalu.

Beliau berhadapan beberapa siri pertuduhan, termasuk melanggar akta rahsia rasmi, rasuah dan penipuan pilihan raya, serta berdepan hukuman penjara selama beberapa dekad jika sabit kesalahan.

(Aung San Suu Kyi/AFP)

“Tiada keputusan hari ini,” jurucakap junta, Zaw Min Tun memberitahu AFP.

Beliau juga tidak memberi sebarang butiran mengenai bila keputusan akan dicapai.

Perbicaraan diadakan di mahkamah khas di Naypyidaw.

Suu Kyi dituduh menerima rasuah wang tunai AS$600,000 dan jongkong emas daripada bekas ketua menteri Yangon.

Wartawan dihalang menghadiri perbicaraan manakala peguam Suu Kyi dilarang bercakap kepada media. -AFP

Media Baharu