fb fb fb fb fb

Mahkamah Agung AS batalkan hak gugur kandungan

(FOTO AFP)

WASHINGTON, 25 Jun - Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) membatalkan hak mengugurkan kandungan di negara itu.

Perkara itu mengejutkan banyak pihak susulan hak tersebut sebelum ini dilindungi perlembangan sejak 50 tahun lalu.

(Orang ramai membantah di hadapan Mahkamah Agung AS sebagai tindak balas kepada
keputusan Mahkamah dalam membatalkan kes terkenal Roe v Wade yang berusia 50 tahun dan
memadamkan hak persekutuan untuk pengguguran / FOTO AFP)

Mahkamah yang didominasi golongan konservatif bertindak membatalkan keputusan yang dibuat pada tahun 1973 dalam kes Roe melawan Wade yang membawa kepada penetapan hak menggugurkan anak.

Keputusan itu turut mengembalikan kuasa sebahagian besar kerajaan negeri di Amerika untuk mengharamkan proses penguguran.

Susulan itu, ratusan penunjuk perasaan membantah keputusan Mahkamah Agung tersebut. Pemprotes menyatakan mana-mana wanita di Amerika yang mengandung tanpa dirancang kini akan berdepan keadaan yang sukar.

Mereka tiada pilihan, selain ke negeri-negeri yang masih memberi kebenaran untuk menggugurkan bayi mereka atau mendapatkan pil pengguguran secara atas talian dan berhadapan dengan proses pengguguran secara haram serta berbahaya.-AFP

Media Baharu