fb fb fb fb fb

Maduro tuding AS, cubaan rampas sumber asli Venezuela

Presiden Venezuela, Nicolas Maduro

CARACAS, 27 Disember- Presiden Venezuela, Nicolas Maduro menolak sekeras-kerasnya apa yang disifatkannya sebagai cubaan Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan “model penguasaan kolonial dan perhambaan” ke atas negaranya.

Maduro menegaskan usaha Washington untuk merampas sumber asli Venezuela tidak akan berjaya, selain menuduh AS mencipta “realiti maya” bagi menghalalkan campur tangan terhadap negara itu.

Kenyataan tersebut dibuat di hadapan Majlis Naib Presiden Sektoral sambil diiringi beberapa anggota kanan kabinet, ketika ketegangan antara kedua-dua negara terus memuncak.

Minggu lalu, Presiden AS, Donald Trump mengumumkan sekatan berbentuk sekatan laut terhadap kapal tangki minyak yang dikenakan sekatan ketika memasuki dan meninggalkan Venezuela.

Pentadbiran Trump turut mengerahkan ribuan anggota tentera ke rantau Caribbean, termasuk sebuah kapal pengangkut pesawat, kapal perang serta pesawat pejuang.

Selain itu, melaksanakan serangan terhadap kapal yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan dadah di kawasan berkenaan. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM