fb fb fb fb fb

Macron desak henti bekal senjata kepada Israel

Presiden Perancis, Emmanuel Macron/foto AFP

PARIS, 5 Oktober - Presiden Perancis, Emmanuel Macron menggesa supaya penghantaran senjata kepada Israel, yang digunakan dalam operasi di Gaza, dihentikan.

"Saya fikir hari ini, keutamaan ialah kita kembali kepada penyelesaian politik, kita berhenti menghantar senjata untuk berperang di Gaza," kata Macron kepada stesen penyiaran France Inter.

Dalam wawancara itu, Macron turut menegaskan, Perancis tidak menghantar sebarang senjata kepada zionis.

Macron juga mengulangi kebimbangannya terhadap konflik berterusan di Gaza meski berulang kali menggesa gencatan senjata.

"Saya rasa kami tidak didengari," katanya.

"Saya fikir ia adalah satu kesilapan, termasuk untuk keselamatan Israel," katanya, sambil menambah bahawa konflik itu membawa kepada "kebencian."

Macron juga menekankan, mengelakkan peningkatan keganasan di Lubnan adalah "keutamaan."

"Lubnan tidak boleh menerima nasib seperti Gaza," tegasnya.

Amerika Syarikat memperuntukkan kira-kira AS$3 bilion Dolar setahun untuk membekalkan senjata kepada Israel. -AFP-

Trainee