fb fb fb fb fb

Israel lancar lima serangan terbaharu di selatan Beirut

Serangan terbaharu Israel di selatan Lubnan dan kawasan berhampiran/ AFP

BEIRUT, 5 Oktober- Tentera Israel melancarkan lima siri serangan terbaharu di bahagian selatan dan pinggir bandar Beirut.

Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA) melaporkan, empat daripada serangan adalah melalui udara. Tindakan ganas itu menyebabkan beberapa siri letupan besar dan mengegarkan Beirut termasuk di Chweifat.

Bagaimanapun, tiada kematian atau kerosakan dilaporkan setakat ini.

Manakala, rakaman AFP menunjukkan kepulan asap dari kawasan serangan. Wartawan AFP di kawasan Sabra dekat dengan pinggir bandar selatan Beirut melihat berpuluh-puluh orang di jalanan lari bagi menyelamatkan diri ketika letupan bergema di kawasan itu.

Dalam pada itu, NNA berkata operasi penerbangan di Lapangan Terbang Lubnan di Beirut, berhampiran dengan kawasan sasaran, masih diteruskan walaupun Israel menyerang berhampiran kawasan selatan. Beberapa pesawat Middle East Airlines baru mendarat.

Pada malam Sabtu, tentera Israel mengumumkan gesaan baharu supaya penduduk berpindah dari pinggir selatan Beirut, kerana tentera Zionis terus menyasarkan kedudukan pejuang Hizbullah di ibu negara Lubnan.

"Untuk keselamatan anda dan ahli keluarga anda, anda mesti segera mengosongkan bangunan yang ditetapkan dan yang bersebelahan dengannya, menjauhinya sekurang-kurangnya 500 meter," kata jurucakap Avichay Adraee di media sosial, bersama imej satelit yang memaparkan kawasan di Burj kejiranan el-Barajneh, Haret Hreik dan Chweifat al-Amrussiya.

Pejuang Hizbullah dan musuh ketatnya Israel saling berbalas serangan hampir setiap hari, sejak konflik Hamas-Israel di Gaza, hampir setahun lalu.-AFP

ROSLINA BINTI DIN