fb fb fb fb fb

Machado buat penampilan awam pertama selepas 11 bulan

Maria Corina Machado menyapa para penyokong dari balkoni hotel di Oslo, Norway/AFP

OSLO, 11 Disember - Pemenang Hadiah Nobel Keamanan dan tokoh pembangkang Venezuela, Maria Corina Machado, membuat penampilan awam pertamanya dalam tempoh 11 bulan apabila menyapa penyokong dari balkoni hotelnya di Oslo, pada Khamis.

Beliau tiba terlalu lewat di Norway untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah Nobel yang dianugerahkan kepadanya secara tidak hadir.

Sejak menyembunyikan diri, penampilan awam terakhir Machado ialah pada 9 Januari lalu di Caracas, ketika membantah pengisytiharan Presiden Nicolas Maduro untuk penggal ketiga.-AFP

AZRUL FAIZAL JUSOH