JAKARTA, 14 September – Kerajaan Indonesia membenarkan penyambungan semula operasi perlombongan nikel di Pulau Gag, Raja Ampat mulai 3 September selepas penggantungannya ditarik balik.
Menteri Alam Sekitar, Hanif Faisol Nurofiq, menjelaskan bahawa syarikat pengendali telah diberi penarafan “hijau”, bagi meneruskan operasi namun akan terus dipantau bagi memastikan keseimbangan antara pembangunan dan perlindungan alam sekitar.
Bagaimanapun keputusan ini menimbulkan kebimbangan kumpulan alam sekitar, terutama Greenpeace Indonesia, yang memberi amaran bahawa perlombongan nikel boleh merosakkan ekosistem marin Raja Ampat yang terkenal dengan terumbu karang paling indah di dunia.
Menurut pertubuhan itu kepentingan ekonomi tidak wajar mengatasi perlindungan alam sekitar.
Indonesia merupakan negara dengan rizab nikel terbesar dunia, yang kini menjadi komponen utama dalam pembangunan bateri kenderaan elektrik.