GUIZHOU, 26 Jun - Sekurang-kurangnya enam terkorban akibat bencana banjir di Guangxi, China
Bencana susulan hujan lebat berterusan yang menyebabkan peningkatan paras air di kawasan hulu wilayah itu hingga berlakunya limpahan sungai utama.
Walaupun banjir mulai surut, lokasi berisiko di barat daya negara itu termasuk Guizhou, Guangxi, Chongqing, Yunnan dan Sichuan masih diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.
Ia berikutan risiko berlakunya bencana sekunder seperti runtuhan jalan, tanah runtuh dan limpahan air empangan.
Ketika ini, kerja-kerja pembersihan giat dilaksana di beberapa bandar utama di wilayah Guizhou seperti Rongjiang dan Congjiang.
Kerja pembersihan turut melibatkan penempatan luar bandar dan tepi sungai.
Ribut ekstrem dan banjir teruk yang dikaitkan dengan fenomena perubahan iklim dunia kini menjadi antara cabaran besar China.
Infrastruktur pertahanan banjir yang semakin lapuk di beberapa lokasi berisiko memerlukan peruntukan besar mencecah bilion dolar bagi tujuan pemindahan penduduk, kerja-kerja menyelamat ketika dan pasca bencana itu. - REUTERS