fb fb fb fb fb

Lima warga China maut dalam serangan bom berani mati di Pakistan

FOTO REUTERS

SHANGLA KHYBER PAKHTUNKHWA, 27 Mac- Seramai lima warga China dan seorang pemandu tempatan terbunuh dalam serangan bom berani mati di barat laut Pakistan, semalam.

Serangan berlaku ketika kumpulan itu sedang menuju ke Empangan Dasu yang merupakan sebuah projek hidroelektrik besar-besaran di negara berkenaan sebelum kereta yang dipenuhi bahan letupan merempuh mereka di sepanjang jalan gunung berliku di daerah sini.

Ketua polis wilayah, Mohammad Ali Gandapur berkata, lima orang jurutera warga China itu dan pemandu tempatan mereka maut di tempat kejadian.

Pegawai Rumah Stesen Bisham (SHO) Bakht Zahir menyifatkan insiden tersebut sebagai 'letupan berani mati'.

Usaha mencari rakan sejenayah suspek sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa.

Serangan itu berlaku kurang seminggu selepas pasukan keselamatan Pakistan membunuh lapan ahli kumpulan Tentera Pembebasan Baluchistan yang menyerang warga China di kompleks Pihak Berkuasa Pelabuhan Gwadar yang dibiayai oleh China, baru-baru ini. -Reuters

SITI AISHAH MD ISA