CHIANG MAI, 27 Mac- Sekurang-kurangnya empat orang mengalami kecederaan di Thailand apabila sebuah bas bergerak secara mengundur dipercayai akibat kegagalan brek sebelum terbabas ke tebing jalan.
Kejadian berlaku di sini, kira-kira pukul 10.00 pagi semalam ketika jalan raya terbabit sibuk dengan pengguna.
Sebuah rakaman menunjukkan bas berkenaan bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan mencederakan empat penumpang berusia antara 13 hingga 74 tahun.
Bas itu akhirnya berjaya dihentikan selepas pemandu, Surachat Sapakepanya, 46, membelok dan melanggar tiang lampu serta penghadang jalan.
Surachat berkata, kejadian berlaku selepas dia menurunkan 21 pelajar serta lapan orang guru dan bas tersebut mula mengundur sejurus dia mematikan enjin.
Dia yang gagal menghidupkan kembali enjin bas terbabit telah mengakibatkan kenderaan itu mengundur sejauh kira-kira setengah batu.
Balai Polis Mae Taeng menahan Surachat untuk tindakan undang-undang selanjutnya. -Reuters