KHAN YOUNIS, 29 Jun- Suasana pilu menyelubungi kem perlindungan di Mawasi, Khan Younis apabila lima sekeluarga maut dalam serangan udara Israel pada Ahad.
Menurut pasukan perubatan, beberapa yang lain turut cedera dalam serangan yang menyasarkan kawasan khemah penempatan sementara.
Kesemua mangsa yang terkorban merupakan ahli keluarga Maarouf, termasuk tiga beradik dan dua sepupu mereka.
"Serangan berlaku kitra-kira pukul 12.00 tengah malam. Mereka tidak berdosa. Inilah kezaliman rejim Zionis. Kami memohon kepada Tuhan dan negara-negara Arab agar bertindak untuk menamatkan penjajahan dan kezaliman ini," luah Zeyad Abu Maarouf, bapa kepada tiga anak yang terkorban.
Sementara itu isterinya, Eman, bersama tiga lagi anak mereka turut cedera dalam insiden tersebut.
Serangan itu berlaku dalam suasana ketegangan yang terus meningkat, meskipun usaha rundingan gencatan senjata sedang dilakukan.- REUTERS