fb fb fb fb fb

Lima maut lombong emas tidak rasmi runtuh di utara Kenya

Sekurang-kurangnya lima orang maut dan beberapa yang lain hilang selepas lombong emas tidak rasmi runtuh di utara Kenya / Foto Hiasan

ISIOLO, 25 Mei - Sekurang-kurangnya lima orang maut dan beberapa yang lain hilang selepas lombong emas tidak rasmi runtuh di utara Kenya.

Mayat lima pelombong telah ditemui di lombong Artisanal Hillo manakala tiga lagi yang hilang tidak dapat dikesan, kata Pesuruhjaya Wilayah, Paul Rotich lewat Jumaat.

“Laporan daripada penyelamat dan polis mengatakan sekurang-kurangnya lapan pelombong berada di dalam kawasan perlombongan apabila tembok runtuh dan menimbus mereka hidup-hidup,” kata Rotich.

Dua pelombong yang cedera telah dibawa ke hospital, lapor Kenya NTV pada Sabtu.

“Tempat itu runtuh kerana hujan,” kata Pesuruhjaya Daerah Marsabit, David Saruni.

Ratusan orang telah terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh di seluruh negara berikutan hujan lebat yang turun sejak beberapa minggu.

Aktiviti perlombongan masih diteruskan walaupun pihak berkuasa telah menutup lombong berhampiran sempadan Ethiopia itu pada Mac, selepas beberapa orang terbunuh dalam pertempuran antara komuniti tempatan berhubung akses ke kawasan itu, lapor Citizen TV.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN