fb fb fb fb fb

Lima mati, 19 cedera, gempa bumi di Iran

(Foto Google Maps)

TEHRAN, 2 Julai- Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan 19 lagi cedera selepas gempa bumi melanda selatan Iran pada awal pagi Sabtu waktu tempatan, memetik laporan agensi berita tempatan IRNA.

Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan gempa 6.0 magnitud itu berlaku di kawasan 100 kilometer (60 batu) barat daya bandar pelabuhan, Bandarabbas di wilayah Hormozgan.  

Gempa tersebut berlaku hanya kira-kira seminit selepas gegaran 5.7 magnitud.

Gabenor Hormozgan, Mahdi Dosti berkata gempa menyebabkan lima orang penduduk terbunuh dan 19 lagi cedera.

Jelasnya, kawasan yang mengalami kemusnahan agak serius berlaku di kampung Sayeh Khost kerana terletak berhampiran pusat gempa.

November lalu, seorang penduduk terbunuh apabila gempa 6.4 dan 6.3 magnitud menggegar kawasan di wilyah Hormozgan.

Iran terletak di kawasan aktiviti seismik yang kuat. Pada tahun 1990, gempa 7.4 magnitud telah menyebabkan 40,000 penduduk di utara Iran terbunuh. -AFP


(FOTO USGS)

Media Baharu