fb fb fb fb fb

EU rangka pelan kecemasan berhubung krisis bekalan gas

STRASBOURG, 3 Julai- Bagi menangani krisis bekalan gas, pelan jangka panjang dan pendek dirangka Kesatuan Eropah (EU).

Rancangan kecemasan itu boleh dilaksana sekiranya Rusia memutuskan untuk menangguhkan penghantaran ke negara-negara Eropah.

Pelan mengenai krisis tenaga itu sedang disediakan EU.

Antara fokusnya, alternatif bekalan minyak dan gas asli selain Rusia.

Rancangan itu juga bakal menggariskan kaedah pengurangan permintaan menerusi penjimatan dan pendekatan cekap tenaga.

Turut diperhalusi, peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui.

Menurut Ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, rancangan itu dijangka diumum pertengahan bulan ini.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu