fb fb fb fb fb

Presiden Panama pertahan jawatan meski bergelut masalah kesihatan

PANAMA CITY, 3 Julai- Presiden Panama, Laurentino Cortizo enggan berundur daripada jawatan itu meskipun bergelut masalah kesihatan akibat kanser.

Tegasnya, beliau akan berkhidmat sehingga penggalnya tamat dua tahun lagi.

Sementara menanti tempoh itu, beliau akan terus menggalas tanggungjawab selaku lelaki nombor satu negara tersebut.

Rawatan kanser darah dihidapinya dibuat di Houston, Amerika Syarikat dan dilakukan secara berkala.

Bulan lalu, Cortizo mengumumkan dirinya didiagnos kanser.

"Saya ingin mengatakan bahawa saya berasa sihat, saya berada dalam semangat yang baik dan saya akan meneruskan kerja tetap saya," kata Cortizo kepada media.

Menurut seorang doktor pakar, Julio Sandoval memaklumkan kanser yang dihidapi Cortizo akan menyebabkan penurunan hemoglobin dan paras platelet dan sel darah putih yang tidak normal membuatkan pesakit berasa letih dan lemah dan membawa kepada penurunan berat badan.

"Penyakit yang didiagnosis kepada presiden adalah sejenis kanser darah. Penyakit ini boleh disebabkan oleh gangguan genetik yang berkembang secara senyap dan muncul selepas umur 60 tahun," kata Julio Sandoval kepada AFP.

Jangka hayat akan bergantung pada jenis kanser tertentu Cortizo, boleh bertahan "dari enam bulan hingga 15 tahun," tambahnya.-AFP


(FOTO REUTERS)

 

Media Baharu