fb fb fb fb fb

Uzbekistan isytihar darurat di Karakalpakstan

(FOTO AFP)

TASHKENT, 3 Julai - Uzbekistan mengisytiharkan darurat selama sebulan di Karakalpakstan.

Ini susulan protes penduduk berkaitan cadangan pindaan perlembagaan yang dijangka melemahkan status autonomi wilayah berkenaan.

(Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev / FOTO FAIL AFP)

Setiausaha akhbar Presiden, Sherzod Asadov di Telegram memaklumkan, keadaan darurat di Rebublik tersebut akan bermula hari ini hingga 2 Ogos depan.

Langkah itu diambil bagi memastikan keselamatan rakyat, melindungi hak dan kebebasan serta memulihkan undang-undang ketenteraman.

Terdahulu, Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev berjanji akan membatalkan cadangan pindaan Perlembagaan tersebut bagi memulihkan keadaan.-AFP

Media Baharu