fb fb fb fb fb

Berpuluh penerbangan dibatalkan cetus kekecohan di Lapangan Terbang Lisbon

LISBON, 3 Julai- Sebanyak 65 penerbangan di Lapangan Terbang Lisbon dibatalkan semalam, mengakibatkan ribuan penumpang terkandas dan terpaksa beratur panjang, lapor Xinhua.

Menurut syarikat penerbangan TAP, pembatalan itu disebabkan insiden tayar jet peribadi pecah, memaksa landasan lapangan terbang ditutup.

Sebaliknya, pengawal udara ANA (Aeroportos de Portugal), mendakwa ia disebabkan masalah yang lebih besar iaitu kekangan perkhidmatan di beberapa lapangan terbang Eropah.

"Sebanyak 65 penerbangan dibatalkan pada hari ini - 40 ketibaan dan 25 pelepasan, akibat masalah perkhidmatan di beberapa lapangan terbang Eropah " menurut ANA dalam satu kenyataan media.

(Lapangan Terbang Lisbon)

Lapangan terbang Lisbon telah mengambil langkah-langkah sewajarnya termasuk mewujudkan kaunter mudah alih tambahan untuk menjadualkan semula penerbangan.

Kelewatan dan pembatalan penerbangan di lapangan terbang di Eropah juga susulan pekerja terminal dan syarikat penerbangan melancarkan mogok. -BERNAMA

Media Baharu