BEIRUT, 27 Jun- Serangan Israel terhadap sebuah bangunan di Lubnan menyebabkan lima orang awam mengalami kecederaan, semalam.
Menurut agensi berita nasional Lubnan, Israel telah melakukan kira-kira 10 serangan di kawasan sempadan.
"Serangan Israel memusnahkan bangunan di Nabatiyeh sekitar pada pukul 10.00 malam.
"Lima penduduk Lubnan yang berada di sekitar bangunan itu mengalami kecederaan dan telah dibawa ke hospital," menurut agensi berita tersebut.
Sementara Hizbullah mendakwa turut menyerang pasukan tentera Israel di wilayah sempadan.
Kira-kira 481 orang maut di Lubnan akibat konflik Israel-Hizbullah sejak 7 Oktober lalu, termasuk 94 orang awam, menurut pengiraan AFP. - AFP