fb fb fb fb fb

Cyprus akan tetap hantar bantuan ke Gaza

Foto AFP

NICOSIA, 27 Jun- Cyprus akan tetap menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza, walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.

Menteri Luar Cyprus, Constantinos Kombos berkata ia bukan satu tugas yang mudah.

"Sudah tentu ada cabaran tertentu, cabaran yang berkaitan dengan semua yang berlaku di Gaza, tetapi kami meneruskan usaha itu.

"Lagipun, kami beroperasi dalam zon perang dan kami melakukan segala yang mampu dengan kerjasama rakan kongsi kami.

"Sekali gus memastikan ia memberi kesan kepada kehidupan harian orang ramai (rakyat Palestin) di lapangan," kata Combos.

Hanya 1,000 tan daripada 7,000 tan bantuan kemanusiaan yang dihantar ke Gaza dari Cyprus telah diagihkan manakala baki 6,000 tan lagi belum diagihkan atas faktor keselamatan.

Koridor laut yang menghubungkan Cyprus dengan Gaza dibuka pada Mac, menyampaikan sebahagian kecil daripada bekalan asas yang diperlukan untuk 2.4 juta penduduk Palestin.

Laluan bantuan maritim telah menghadapi halangan, termasuk kebimbangan keselamatan di jeti binaan tentera AS dan pengagihan bantuan semasa ketibaan.

Konflik Israel-Hamas sejak 7 Oktober lalu telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 37,718 rakyat Palestin terbunuh kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan Gaza. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM