fb fb fb fb fb

Lima askar Peru lemas elak menjadi mangsa peserta protes

(Foto hiasan)

LIMA, 7 Mac- Lima orang askar Peru lemas selepas terjun ke dalam sungai yang sejuk melampau ketika cuba melarikan diri daripada penunjuk perasaan antikerajaan di selatan negara itu, kata Kementerian Pertahanan.

Seorang lagi yang cuba melarikan diri melalui laluan yang sama selepas pertempuran dengan penunjuk perasaan pada Ahad masih hilang dan pencarian sedang dijalankan.

Askar berkata mereka diserang oleh kumpulan individu bersenjata semasa demonstrasi menentang kerajaan Presiden Dina Boluarte di bandar Ilave di wilayah Puno.

Puno telah menjadi pusat demonstrasi yang pertama kali tercetus pada Disember apabila presiden ketika itu Pedro Castillo digulingkan dan ditangkap selepas cuba membubarkan parlimen dan memerintah melalui dekri.

Penyokongnya menuntut peletakan jawatan Boluarte, pilihan raya baharu, perlembagaan baharu dan pembubaran parlimen.

Lebih 50 orang maut dan lebih 1,300 cedera dan hampir separuh daripada mereka merupakan anggota pasukan keselamatan.

Mangsa terbaharu, lima askar itu, dikenal pasti oleh tentera sebagai Franz Canazas, Alex Quispe Serrano, Elvis Pari, Elias Lupaca dan Percy Castillo.

(Foto hiasan)

Mayat mereka telah dijumpai di Sungai Ilave, di sempadan antara Peru dan Bolivia.

Dalam video yang diedarkan oleh kementerian, seorang askar yang berjaya melarikan diri berkata dia dan rakan-rakannya "melintasi sungai... kerana kami tidak mempunyai jalan keluar lain", katanya.

"Antara 800 hingga 900 orang mengepung kami dan mula membaling batu ke arah kami," katanya

Sebuah kumpulan penjagaan kesihatan di Puno berkata pada Ahad ia telah merawat lima askar kerana hipotermia selepas penduduk tempatan menyelamatkan mereka dari sungai.

Sementara itu, Santu lalu seramai 16 orang awam dan tentera cedera dalam pertempuran di tempat lain di Puno yang turut menyaksikan sebuah balai polis dibakar.

Castillo, 53, sedang menjalani tahanan pra-perbicaraan selama 18 bulan di Lima, dituduh memberontak. Dia sedang disiasat atas beberapa tuduhan rasuah.

Dipilih untuk penggal lima tahun, Castillo hanya memegang jawatan selama 17 bulan apabila dia dipecat.

Media Baharu