fb fb fb fb fb

Letupan bom berani mati, sembilan anggota polis terbunuh

FOTO AFP

BALOCHISTAN, 7 Mac- Sekurang-kurangnya sembilan anggota polis Pakistan terbunuh dalam satu insiden pengebom berani mati di Balochistan.

Suspek dikatakan menunggang motorsikal sebelum merempuh trak yang dinaiki anggota polis.

Insiden turut mencederakan 12 lagi anggota polis yang lain.

Insiden berlaku berhampiran Dhadar, bandar utama daerah Kachhi, kira-kira 120 kilometer tenggara Quetta di Balochistan.

Ketua Polis daerah Kachhi, Mehmood Notezai memberitahu anggota polis berkenaan pulang dari satu tugasan di mana mereka telah menyediakan kawalan keselamatan.

Setakat ini, tiada pihak bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Perdana Menteri, Shehbaz Sharif dalam satu kenyataan mengutuk serangan itu dan menyifatkannya sebagai agenda jahat untuk menggugat kestabilan negara.- REUTERS


(FOTO AFP)

Media Baharu