fb fb fb fb fb

Libya dilanda banjir, pencarian mangsa hilang diteruskan

DERNA, 17 September- Penduduk Derna di timur Libya sedang mengira kerugian akibat banjir yang memusnahkan sebahagian besar bandar di pantai itu.

Pencarian mangsa yang hilang diteruskan pada Sabtu untuk hari keenam dan lebih banyak mayat dibawa naik dari laut.

Central Street yang pernah menjadi tumpuan aktiviti ekonomi dan dipenuhi dengan kedai-kedai namun kini sebahagian besarnya lengang dan sunyi.

“Perkara pertama yang saya takut ialah untuk membaiki kerosakan yang mengambil masa lama,” kata guru Tarek Faheem al-Hasadi, 44.

Dia kehilangan isteri dan lima cucunya dalam banjir itu, namun anaknya selamat kerana berjaya memanjat bumbung.

"Ini memerlukan kesungguhan dan saya khuatir sekiranya sokongan yang datang adalah sementara," katanya ketika berada di hadapan rumahnya yang musnah.

Menurut Hasadi, sebuah bangunan tiga tingkat telah dihanyutkan 60 meter akibat banjir.

Di pinggir laut Derna, banyak kereta remuk, kayu hanyut berselerak di kolam berlumpur. Pasukan pembersihan melakukan operasi itu bagi memudahkan pasukan penyelamat dan helikopter meneruskan usaha mencari dan menyelamat.

Di daerah Derna dianggarkan sekurang-kurangnya 120,000 dihanyutkan atau tertimbus dalam lumpur selepas dua empangan di selatan bandar itu pecah pada Ahad yang menyebabkan banjir.

Misi Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi di Libya berkata lebih daripada 5,000 penduduk dianggap mati, dengan 3,922 kematian didaftarkan di hospital. Kira-kira 38,640 telah kehilangan tempat tinggal di kawasan yang dilanda banjir.

Menurut pegawai, angka kematian sebenar mungkin jauh lebih tinggi.

"Keadaan ini sangat-sangat tragis," kata seorang pekerja penyelamatan Tunisia Qais. "Kami tidak pernah melihat kerosakan sedemikian disebabkan oleh banjir."

Lebih 450 mayat ditemukan dalam tempoh tiga hari lalu dari pantai, termasuk 10 dariadanya berada di bawah runtuhan, kata pegawai Kamal Al-Siwi.

"Kerja ini sedang dilakukan dan keadaannya sangat rumit," katanya kepada Reuters. "Pada pendapat saya operasi ini mengambil masa yang panjang."- REUTERS

(Anggota mencari dan menyelamat mencari mangsa yang hilang/REUTERS)

Media Baharu