fb fb fb fb fb

Kenaikan harga peluru halang usaha NATO tingkat keselamatan

OSLO, 17 September- Pegawai tertinggi tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) memberi amaran berkenaan kenaikan harga peluru yang drastik akan meningkatkan perbelanjaan pertahanan lebih tinggi.

Berikutan perkara itu, lebih banyak syarikat pelaburan swasta diminta untuk melabur dalam syarikat pertahanan.

"Harga untuk peralatan dan peluru semakin meningkat. Sekarang, kami membayar lebih mahal untuk membeli peralatan yang sama," kata Laksamana Belanda Rob Bauer, pengerusi jawatankuasa tentera NATO.

"Ini bermakna kita tidak meningkatkan keselamatan kerana perkara tersebut."

NATO mendesak untuk meningkatkan pengeluaran pertahanan bagi memenuhi permintaan untuk senjata dan peralatan meningkat sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Pada Februari, Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg memberi amaran bahawa Kyiv menghasilkan peluru lebih cepat berbanding Barat.

Bauer mendesak lebih banyak pelaburan swasta dalam sektor pertahanan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran itu selain menggesa dana pencen dan bank berhenti melabelkan pelaburan pertahanan sebagai tidak beretika.

"Kestabilan jangka panjang perlu mengatasi keuntungan jangka pendek. Seperti yang kita lihat di Ukraine, peperangan menjejaskan rakyat," katanya sambil menambah pelaburan sedemikian adalah untuk kepentingan strategik sektor swasta juga.

"Empat puluh peratus ekonomi (Ukraine) hilang pada hari pertama perang. Sebahagian besarnya adalah wang persendirian, wang itu habis digunakan," katanya.

Bauer juga mendesak pemimpin perniagaan untuk mempercepatkan kapasiti pengeluaran.

"Ia mengambil masa disebabkan amat bahaya, kerana berada lebih 10 kilometer dalam lombong. Setiap meter per segi ada lima atau enam lombong," katanya.

Pada 2024, NATO akan mengadakan latihan pertahanan kolektif terbesar sejak Perang Dingin, dengan lebih 40,000 tentera untuk mengambil bahagian dalam latihan Steadfast Defender di Jerman, Poland dan tiga negara Baltik.- REUTERS

(Tentera Ukraine sedia bergerak ke arah tentera Rusia/REUTERS)

Media Baharu