fb fb fb fb fb

Taufan Lee tumbangkan pokok, putuskan elektrik

LOCKEPORT, 17 September- Taufan Lee membawa tiupan angin kuat di bahagian barat wilayah Nova Scotia Kanada menyebabkan banjir di jalan raya, menumbangkan pokok dan memutuskan bekalan elektrik dan menjejaskan berpuluh ribu penduduk di sepanjang pantai Atlantik Utara.

Menurut laporan media tempatan, sekurang-kurangnya satu kematian direkodkan akibat taufan itu. Seorang pemandu di negeri Maine Amerika Syarikat (AS) maut selepas sebatang pokok tumbang di atas kenderaannya.

Pusat Taufan Kebangsaan AS (NHC) berkata taufan itu sedang bergerak ke utara selepas ia melanda di Long Island, pada Sabtu. Ia membawa angin berkelajuan maksimum iaitu 100 km/j dengan tiupan yang lebih tinggi, kata peramal.

Bagaimanapun taufan itu dijangka semakin lemah beberapa hari akan datang.

Ia membawa angin kencang, banjir dan hujan lebat ke bahagian pantai Maine dan Atlantik Kanada.

"Walaupun bekalan elektrik dipulihkan bagi beberapa pelanggan namun, keadaan semakin teruk. Ia berikutan tiupan angin melebihi 80 km/j, ia tidak selamat untuk pekerja kami," Matt kata juruteknik Matt.

Tiupan angin mencapai lebih 100 km/j di bahagian barat dan lebih 90 km/j di pusat bandar Halifax dan menyebabkan Lapangan Terbang Halifax terpaksa ditutup kepada semua penerbangan.- REUTERS

(Pokok tumbang menyebabkan talian bekalan elektrik terputus di Nova Scotia/REUTERS)

Media Baharu