fb fb fb fb fb

14 orang maut dalam nahas pesawat di Amazon, utara Brazil

(14 orang maut dalam nahas pesawat di negeri Amazon utara Brazil/Twitter)

SAO PAOLO, 17 September- Seramai 14 orang terkorban selepas sebuah pesawat terhempas di negeri Amazon utara Brazil.

Nahas itu berlaku di wilayah Barcelos, kira-kira 400 km (248 batu) dari ibu negeri, Manaus.

Gabenor negeri Wilson Lima berkata mangsa yang terkorban melibatkan 12 penumpang dan dua anak kapal di Barcelos.

"Pasukan kami telah berusaha dari awal untuk memberikan sokongan yang diperlukan. Simpati dan doa saya ditujukan kepada keluarga dan rakan-rakan mereka", katanya.

Sementara itu, Syarikat penerbangan Manaus Aerotaxi dalam kenyataan mengesahkan nahas tersebut dan sedang melakukan siasatan. Bagaimanapun, tidak memaklumkan butiran mengenai kematian atau kecederaan.

"Kami mengharapkan penghormatan terhadap privasi mereka yang terlibat pada masa yang sukar ini dan akan bersedia untuk memberikan semua maklumat dan kemas kini yang diperlukan semasa siasatan berjalan," kata kenyataan itu.

Beberapa media Brazil melaporkan bahawa warga A.S. adalah antara yang terbunuh.

Reuters tidak dapat mengesahkan laporan tersebut.-REUTERS


(Foto hiasan)

Media Baharu