fb fb fb fb fb

Banjir: Lapan maut termasuk tujuh dipanah petir di Yaman

(FOTO HIASAN)

SANAA, 16 September- Cuaca ekstrem di Yaman telah meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa dengan tujuh daripadanya meninggal dunia akibat disambar petir.

Doktor dari sebuah hospital di Al-Layha, Hamza Saied berkata, sambaran petir berlaku di daerah Al-Layha dan Al-Zahra dekat wilayah Hodeida di pantai Laut Merah, semalam.

“Enam wanita dan seorang lelaki maut, manakala tiga lagi cedera,” katanya.

Sementara itu, seorang wanita turut terkorban pada hari sama akibat banjir yang memusnahkan puluhan rumah di bandar berdekatan Hais.

Cuaca ekstrem telah menyebabkan lebih 200,000 orang kehilangan tempat tinggal di Yaman setakat tahun ini, kebanyakan mereka telah dipindahkan beberapa kali, lapor Dana Penduduk Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) awal minggu ini.

"Hujan lebat kini diramal menjejaskan hampir dua juta orang yang kehilangan tempat tinggal dalam beberapa minggu akan datang, serta mengancam nyawa dan mata pencarian pelbagai komuniti," katanya. -AFP

(FOTO AFP)

Media Baharu