fb fb fb fb fb

Cuba ceroboh Royal Mews, lelaki ditahan polis

(FOTO REUTERS)

LONDON, 16 September- Seorang lelaki ditahan pada Sabtu selepas dikesan memanjat ke Royal Mews bersebelahan dengan Istana Buckingham di London.

Menurut polis, pegawai dimaklumkan mengenai laporan kejadian pada pukul 1.25 pagi mengenai lelaki yang memanjat dinding untuk masuk ke Royal Mews.

Polis berkata seorang lelaki berusia 25 tahun telah ditahan di luar kandang kuda di Royal Mews, yang bertanggungjawab untuk semua pengaturan perjalanan untuk Raja Charles dan ahli keluarga diraja.

Royal Mews turut menempatkan Gold State Coach.

Lelaki itu ditahan bawah Akta Jenayah Terancang Berat kerana menceroboh.-REUTERS


(FOTO HIASAN)

Media Baharu