fb fb fb fb fb

Letupan masjid di Kabul, sekurang-kurangya 20 maut

(Gambar dirakam di Kabul, Afghanistan 13 Mac 2019/REUTERS)

KABUL, 18 Ogos- Satu letupan besar berlaku di sebuah masjid di sini semasa solat Maghrib, menurut saksi dan polis, dengan ramai dikhuatiri maut atau cedera.

Polis berkata terdapat banyak mangsa yang terkorban tetapi tidak menyatakan jumlahnya.

Seorang pegawai perisikan Taliban memberitahu Reuters bahawa seramai 35 orang mungkin tercedera atau terbunuh, dan jumlah korban mungkin meningkat.

Al-Jazeera memetik seorang pegawai tidak dikenali sebagai menyatakan angka kematian mencecah 20 orang.

Hospital Kecemasan Kabul dalam status di Twitter melaporkan, seramai 27 pesakit yang cedera dalam letupan itu diberi rawatan, termasuk seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun. 

Saksi memberitahu Reuters letupan kuat kedengaran di kawasan kejiranan utara Kabul, memecahkan tingkap di bangunan berdekatan.

Ambulans bergegas ke tempat kejadian.

(Keadaan sebuah masjid selepas letupan pada 2021/FOTO FAIL AFP)

"Letupan berlaku di dalam sebuah masjid.... letupan itu menyebabkan korban, tetapi jumlahnya masih belum jelas," kata jurucakap polis Kabul Khalid Zadran kepada Reuters.

Pegawai perisikan Taliban, yang enggan namanya disiarkan, berkata letupan itu berlaku di sebuah masjid dalam kalangan jemaah di kawasan Khair Khana di Kabul.

Imam masjid itu adalah antara yang terbunuh dan jumlah korban masih boleh meningkat, tambah sumber itu. Pasukan perisikan berada di lokasi letupan dan siasatan sedang dijalankan.

Pegawai lain dalam kerajaan Taliban tidak menjawab beberapa permintaan untuk mengesahkan jumlah korban. -REUTERS

Media Baharu