fb fb fb fb fb

Letupan gegarkan ibu kota Syria, tiada kerosakan dilaporkan

Foto fail/REUTERS

DAMSYIK, 7 Disember -Satu letupan menggegarkan ibu kota Syria, Damsyik, pada Ahad, menurut saksi tempatan, lapor Xinhua.

Media tempatan berkata letupan itu berpunca daripada bom bunyi berhampiran Jambatan Kebebasan - sebelum ini dikenali sebagai Jambatan Presiden - di pusat bandar. Tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan.

Letupan itu berlaku ketika Syria bersiap untuk acara memperingati ulang tahun pertama kejatuhan kerajaan Presiden Bashar al-Assad.

Langkah keselamatan diperketatkan di Damsyik dan bandar-bandar lain ketika rakyat Syria berkumpul di seluruh negara bagi memperingati 8 Dis 2024, iaitu ketika serangan pantas pejuang Hayat Tahrir al-Sham dan kumpulan sekutu memasuki ibu kota selepas kemaraan dari utara Syria, memaksa Assad melarikan diri ke Rusia. -BERNAMA

TETITIA YUSOFF