fb fb fb fb fb

Dua lelaki Palestin terbunuh di Tebing Barat

Foto fail/AFP

BAITULMAQDIS, 7 Disember -Tentera Israel menembak mati dua lelaki di Tebing Barat yang yang didakwa kerana cubaan serangan pelanggaran kenderaan.

Pihak Berkuasa Palestin mengenal pasti mangsa sebagai seorang remaja, Ahmad Khalil Al-Rajabi berusia 17 tahun dan Ziad Jabara Abu Dawoud, 55 tahun.

Kementerian Kesihatan memaklumkan Ziad Jabara merupakan seorang pekerja kebersihan.

Tentera Israel mendakwa insiden tembakan berlaku selepas cubaan pelanggaran kenderaan terhadap anggota mereka yang ditempatkan di sekatan keselamatan. - AFP

TETITIA YUSOFF