fb fb fb fb fb

Letupan gas, sembilan cedera di Slovakia

(Foto Facebook Eduard Heger - predseda vlády SR)

BRATISLAVA, 27 April- Seramai sembilan orang cedera akibat letupan gas di lombong arang batu di bandar Novaky di barat Slovakia.

Perdana Menteri Slovakia, Eduard Heger berkata empat mangsa berada dalam keadaan kritikal.

"Dua daripada mangsa adalah warga Poland manakala seorang lagi warga Ukraine," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Ketua Syarikat Perlombongan Hornonitrianske Bane Prievidza berkata pembakaran metana terkumpul menyebabkan kecederaan kepada pelombong berkenaan.

Punca api meletus tidak dapat dipastikan.

Kejadian masih dalam siasatan.

Menurut resolusi kerajaan yang diterima pakai pada 2019, Slovakia akan menghentikan perlombongan arang batu menjelang akhir tahun ini, sejajar dengan matlamat iklim Eropah. - AFP


(Foto Facebook Eduard Heger - predseda vlády SR)

Media Baharu