fb fb fb fb fb

Letupan gas ragut enam nyawa di Saratov

Kesan letupan gas di sebuah bangunan apartmen di barat Rusia/ AFP

MOSCOW, 26 Julai – Enam individu disahkan maut dalam satu insiden letupan gas di sebuah bangunan apartmen di barat Rusia pada Jumaat, sementara pasukan penyelamat masih meneruskan operasi mencari empat individu yang dilaporkan hilang.

Menurut pihak berkuasa, letupan yang berlaku sekitar tengah hari waktu tempatan di bandar Saratov telah memusnahkan lebih 30 unit kediaman. Gabenor wilayah, Roman Busargin, telah mengisytiharkan hari berkabung susulan tragedi tersebut.

"Kematian di Saratov telah meningkat kepada enam orang," menurut kenyataan Kementerian Kecemasan Rusia di Telegram.

Seorang mangsa terperangkap bawah runtuhan selama lebih enam jam akhirnya meninggal dunia akibat kecederaan parah sejurus dikeluarkan pasukan penyelamat.

Seramai 16 individu lagi turut cedera dalam letupan berkenaan, dan usaha mencari empat lagi mangsa masih diteruskan, menurut agensi berita TASS yang memetik sumber pihak berkuasa.– AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI