GAZA, 26 Julai – Sekurang-kurangnya 28 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan tentera Israel di seluruh wilayah Gaza pada Jumaat, lima daripadanya maut dalam serangan udara.
Jurucakap pertahanan awam, Mahmud Bassal, memaklumkan bahawa lima individu terbunuh dalam serangan ke atas sebuah bangunan sekolah di Bandar Gaza yang menempatkan penduduk Palestin akibat perang yang kini memasuki bulan ke-22.
Ia susulan serangan udara Israel menyasarkan sebuah khemah perlindungan di kawasan sama di utara Gaza.
Menurut agensi pertahanan awam, lebih 10 rakyat Palestin turut terbunuh dalam beberapa serangan lain yang dilancarkan di bahagian utara, tengah dan selatan Gaza pada hari sama.
Angka korban termasuk sekurang-kurangnya lapan individu yang terbunuh akibat tembakan tentera Israel ketika sedang menunggu untuk mendapatkan bantuan kemanusiaan, kata Bassal.
Menurut Kementerian Kesihatan serangan rejim Zionis Israel ke atas Palestin telah meragut 59,676 nyawa yang, kebanyakannya orang awam. – AFP