fb fb fb fb fb

Letupan bom: Empat cedera semasa perlawanan kriket di Kabul

KABUL, 30 Julai - Empat orang cedera dalam satu insiden letupan bom tangan di Stadium Kriket Antarabangsa Kabul semalam ketika perlawanan liga domestik negara itu antara pasukan Pamir Zalmi dan Band-e-Amir Dragons.

Menurut jurucakap polis Kabul, Khalid Zadran, letupan berlaku ketika ratusan penonton sedang berada di dalam stadium bagi menyokong pasukan masing-masing.

Susulan itu, permainan terpaksa dihentikan selama beberapa minit bagi memberi pertolongan kecemasan kepada mangsa serta memastikan anggota dan pegawai kedua-dua pasukan berada dalam keadaan selamat.

Ketua Eksekutif Lembaga Kriket Afghanistan, Naseeb Khan memberitahu kejadian tersebut dianggap terpencil dan diharap tidak mengganggu jadual pertandingan liga.

"Pihak kami telah membuat laporan namun tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak. Pun begitu kami akan memperketatkan keselamatan di lokasipertandingan agar kejadian sama tidak berlaku," katanya.


(Ketua Eksekutif Lembaga Kriket Afghanistan, Naseeb Khan/ AFP)

Kriket adalah permainan popular di Afghanistan dengan ramai pemainnya mendapat pengiktirafan antarabangsa serta turut bermain di liga-liga luar negara.

Meski tahap keganasan di negara itu kian berkurangan sejak Taliban mengambil alih kerajaan, masih terdapat kejadian pengeboman dan serangan senjata api beberapa bulan kebelakangan ini yang dipercayai didalangi pasukan yang menggelarkan diri mereka sebagai "Pasukan Jihad Negara Islam"- AFP

Media Baharu