fb fb fb fb fb

Cacar monyet: Filipina sahkan kes pertama

MANILA, 30 Julai - Filipina mengumumkan kes pertama cacar monyet di negara itu semalam.

Ia selepas hampir seminggu selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan penyakit berjangkit itu sebagai kecemasan kesihatan global.

Menurut Timbalan Setiausaha Kesihatan, Beverly Ho kes dikesan pada seorang warga Filipina berusia 31 tahun yang tiba dari luar negara pada 19 Julai lalu.

Pesakit itu yang mempunyai sejarah perjalanan terdahulu di negara dengan kes cacar monyet yang didokumenkan, diuji positif pada Khamis selepas ujian RT-PCR.

"Pesakit dibenarkan pulang dan sedang diasingkan dengan pemantauan ketat di rumah. Kesemua kontak rapat telah dikenal pasti dan disahkan tidak bergejala," katanya.

Sementara itu, jurucakap Istana Malacanang memberitahu, negara itu bersedia bagi menangani sebarang kemungkinan dengan protokol termasuk pemeriksaan simptom dan kuarantin. - AFP


(GAMBAR FAIL/ AFP)

 

Media Baharu