GENEVA, 11 Ogos- Polis Switzerland telah menahan seorang lelaki yang mempunyai masalah kesihatan mental kerana didakwa mencurahkan petrol di sebuah rumah ibadat di bandar Zurich.
Menurut siasatan awal polis perbandaran Zurich, lelaki warga tempatan berusia 32 tahun itu bertindak bersendirian.
Suspek mencurahkan petrol di pintu masuk rumah ibadat itu pada petang Sabtu, sebelum disedari oleh anggota perkhidmatan keselamatan tempat ibadat Yahudi berkenaan.
Selepas lelaki itu melarikan diri dari tempat kejadian dengan berjalan kaki, polis melancarkan gerakan memburu suspek.
Suspek akhirnya ditahan awal pagi Ahad.
Polis menambah suspek seakan mengalami gangguan mental.-AFP