fb fb fb fb fb

Jumlah korban tanah runtuh tapak pelupusan sampah di Uganda meningkat kepada 12 orang

FOTO AFP

KAMPALA, 11 Ogos- Jumlah korban akibat tanah runtuh di tapak pelupusan sampah besar di ibu kota Uganda, Kampala, telah meningkat kepada 12 orang.

Kemas kini terbaru itu dikeluarkan polis pada Ahad.

"Kami setakat ini telah mengeluarkan 12 mayat dari timbunan sampah dan menyelamatkan 14 orang yang masih hidup," kata jurucakap polis metropolitan Kampala, Patrick Onyango.

Onyango turut memaklumkan operasi mencari masih diteruskan.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE