(Lego Ferrari/AFP)
BILLUND, 21 Mei- Lebih 380,000 blok Lego digunakan untuk membina replika sebuah kereta Ferrari bersaiz sebenar.
Ferrari berkenaan merupakan tarikan baharu yang dilancarkan oleh sebuah taman hiburan di Denmark, Legoland Billund Resort untuk pameran bagi para pengunjungnya di sini.
Legoland Billund Resort berkata, replika itu mengambil masa hampir setahun untuk dibina dengan bantuan jurutera dari syarikat kereta mewah terbabit. -AFP
(Proses membina Lego Ferrari memakan masa selama setahun/AFP)