fb fb fb fb fb

Lebih banyak negara pindahkan rakyat keluar dari Sudan

(Anggota Tentera Diraja Arab Saudi menyambut ketibaan warganya dan warga asing yang
dibawa keluar susulan pertempuran di Sudan, sejurus tiba di Pelabuhan Jeddah/AFP)

KHARTOUM, 23 April- Lebih 150 warga pelbagai negara yang merupakan kumpulan pertama dibawa keluar dari Sudan tiba di Arab Saudi semalam, ketika pertempuran antara tentera dan kumpulan separa tentera di Sudan memasuki minggu kedua.

Semakin banyak negara asing bersiap sedia untuk pemindahan ribuan lagi rakyat mereka, walaupun lapangan terbang utama Sudan masih ditutup.

Pertempuran itu menyebabkan ratusan terbunuh dan ribuan cedera manakala mangsa yang terselamat berdepan kekurangan makanan masalah bekalan elektrik.

Sementara itu, Kementerian Luar Arab Saudi mengumumkan 91 orang rakyatnya selamat pulang bersama-sama warganegara Kuwait, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir, Tunisia, Pakistan, India, Bulgaria, Bangladesh, Filipina, Kanada dan Burkina Faso.

Pertempuran hanya reda seketika selepas gencatan senjata sementara diumumkan pada Jumaat, sempena sambutan Aidilfitri.

Tahun ini menyaksikan negara itu diselubungi ketakutan, kesedihan dan kelaparan.

Terdahulu pada Sabtu lalu, tentera Sudan berkata, ketuanya, Jeneral Abdel Fattah al-Burhan menerima panggilan daripada pemimpin pelbagai negara untuk jaminan keselamatan untuk memudhkan urusan memindahkan rakyat dan duta diplomatik masing-masing.

Pemindahan itu dijangka bermula 'dalam beberapa jam akan datang', sambil memaklumkan Amerika Syarikat (AS), Britain, Perancis dan China sedang merancang untuk membawa warganya keluar dari Khartoum dengan menggunakan pesawat tentera.

Dalam temubual TV Al-Arabiya milik Saudi, Burhan memberitahu semua lapangan terbang dikawal pihak tentera kecuali lapangan terbang Khartoum' dan satu di Nyala, ibu kota Darfur Selatan.

Pertempuran berlaku di Darfur, di mana paramedik menerima ramai pesakit yang mengalami cedera ditembak kebanyakannya kanak-kanak.

(Anggota Tentera Diraja Arab Saudi menyambut ketibaan warganya dan warga asing yang dibawa keluar
susulan pertempuran di Sudan, sejurus tiba di Pelabuhan Jeddah/AFP)

Lebih banyak perancangan sedang dibuat untuk memindahkan warga asing, dengan AS, Korea Selatan dan Jepun mengerahkan pasukan tenteranya ke negara-negara berdekatan dan Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan langkah sama.

Semalam, Menteri Pertahanan dan Menteri Hal Ehwal Luar Jerman mengadakan mesyuarat krisis mengenai kemungkinan pemindahan, selepas tiga pesawat pengangkutan tentera terpaksa berpatah balik Rabu lalu, menurut akhbar mingguan Jerman, Der Spiegel.

Jumaat lalu, AS berkata pemindahan kakitangan kedutaannya masih terlalu berisiko.

Kemudian, kumpulan separa tentera Pasukan Sokongan Pantas (RSF), berkata pihaknya bersedia 'membuka sebahagian' semua lapangan terbang di Sudan bagi memudahkan pemindahan warga asing.

Bagaimanapun AFP tidak dapat mengesahkan lokasi lapangan terbang sebenar yang dikawal oleh RSF.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, 413 orang terbunuh dan 3,551 cedera dalam pertempuran di seluruh Sudan, tetapi jumlah kematian sebenar dipercayai lebih tinggi. - AFP

Media Baharu