NAIROBI, 14 Mei- Lebih daripada 84,000 orang terjejas akibat banjir di Somalia sejak pertengahan April.
Daripada jumlah tersebut, sekurang-kurangnya 17 orang maut.
Perkara itu dinyatakan Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (OCHA).
Menurut OCHA, angka keseluruhan terjejas itu termasuk mereka yang kehilangan tempat tinggal dan kekurangan akses kepada bantuan kemanusiaan serta kekurangan air.
Jubaland, Hirshabelle dan Galmudug, termasuk ibu kota Mogadishu merupakan kawasan yang paling terjejas.
"Ia menyebabkan lebih 8,100 orang kehilangan tempat tinggal.
"Banjir turut menyebabkan infrastruktur kritikal rosak," kata OCHA sambil memaklumkan bencana itu turut menyebabkan kerosakan tandas.
Sementara itu menurut amaran ahli meteorologi, lebih banyak hujan dijangka melanda dalam tempoh beberapa hari akan datang merentasi selatan dan tengah Somalia.
Untuk rekod, pada 2023 lebih 100 orang terbunuh manakala lebih sejuta lagi kehilangan tempat tinggal akibat banjir di Somalia.