fb fb fb fb fb

Lebih 50 orang terbunuh akibat serangan Israel berdekatan pusat bantuan di Gaza

Penduduk Palestin yang cedera sedang dihantar ke hospital untuk rawatan / Foto AFP

GAZA, 17 Jun - Lebih 50 rakyat Palestin terbunuh pada Selasa, apabila rejim Israel menyerang kawasan berhampiran pusat bantuan di selatan wilayah itu.

Menurut jurucakap pertahanan awam, Mahmud Bassal, sekurang-kurangnya 53 orang terbunuh dan kira-kira 200 lagi cedera, ketika ribuan penduduk Palestin berkumpul untuk mendapatkan bekalan tepung berdekatan sebuah pusat bantuan di bandar Khan Yunis.

“Dron Israel menembak ke arah orang awam. Beberapa minit kemudian, kereta kebal Israel pula melepaskan beberapa peluru, menyebabkan ramai yang mati dan cedera,” katanya.

Di Rafah, agensi pertahanan awam melaporkan empat lagi kematian akibat tembakan Israel.

Manakala dua lagi terbunuh berhampiran sebuah hospital di Gaza akibat tembakan.

- AFP

SITI AISHA MELISA YUHANIZ