fb fb fb fb fb

Israel menyasar serangan di hospital dan kawasan kediaman di Iran

Esmaeil Baghaei (kanan) melawat mangsa serangan udara Israel di sebuah hospital di Tehran / Foto REUTERS

TEHRAN, 17 Jun – Rejim Israel menyasarkan hospital dan kawasan kediaman dalam serangan terbaharu mereka di Iran.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei, menyatakan perkara itu ketika melawat sebuah hospital di sini pada Selasa.

Baghaei berkata, “Kebanyakan yang tercedera dalam beberapa hari kebelakangan ini, jika dilihat dari segi peratusan, adalah wanita dan kanak-kanak.” katanya.

Kenyataan itu dibuat ketika konflik antara Iran dengan Israel memasuki hari kelima pada Selasa.

Siren serangan udara berbunyi di Tel Aviv sejurus selepas tengah malam, apabila Iran melancarkan peluru berpandu tambahan ke arah wilayah Israel.

Menurut Baghaei, lebih daripada 224 rakyatnya telah terbunuh setakat ini, kebanyakannya orang awam.

Israel pula melaporkan 24 kematian, semuanya terdiri daripada orang awam.

- REUTERS

SITI AISHA MELISA YUHANIZ