PADANG, 29 November – Banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa wilayah di Indonesia mengorbankan lebih 200 orang.
Angka terkini dikeluarkan agensi pengurusan bencana negara itu.
Jurucakap Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Sumatera Barat, Ilham Wahab, berkata setakat malam Jumaat, 61 kematian direkodkan di wilayah itu.
Manakala 90 mangsa masih hilang, dan dilaporkan meningkat berbanding laporan awal 23 kematian.
Menurut data rasmi agensi berkenaan, di Sumatera Utara, sekurang-kurangnya 116 mangsa terkorban, sementara di Aceh angka korban meningkat kepada 35 orang.
Banjir bermula awal minggu ini selepas hujan tanpa henti menyebabkan sungai melimpah di beberapa daerah.- AFP