fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Lebih 2 kg heroin, 'ice' dirampas di pusat pemeriksaan Woodlands

SINGAPURA, 16 Ogos- Pihak berkuasa Singapura menumpaskan cubaan menyeludup lebih lebih 2.42 kilogram dadah menggunakan sebuah kenderaan didaftarkan di Singapura di pusat pemeriksaan Woodlands pada 13 Ogos lalu.

Menurut kenyataan bersama Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan  Biro Narkotik Pusat (CNB), seorang lelaki berusia 32 tahun dan wanita, 36 tahun ditahan.

Pihak berkuasa turut menemui lima bungkusan dadah terkawal dan pelbagai peralatan dadah terkawal disembunyikan di dalam kereta terbabit.

Dua bungkusan dipercayai mengandungi dadah terkawal dan pelbagai peralatan dadah turut disembunyikan dalam pakaian wanita berkenaan.

Pihak berkuasa menganggarkan rampasan berkenaan bernilai hampir $250,000 dolar Singapura itu boleh dibekalkan kepada 1,200 penagih untuk kegunaan seminggu.