fb fb fb fb fb

Skrin tepi laut bawa keajaiban filem ke Gaza

(FOTO AFP)

GAZA, 16 Ogos - Tayangan skrin besar di tepi pantai Gaza menjadi pengalaman pertama penduduk dari semua peringkat umur sejak pawagam terakhir di kawasan itu ditutup lebih tiga dekad lalu.

Beralaskan tayar kereta, batu dan timbunan pasir sebagai tempat duduk, tayangan skrin besar yang diilhamkan oleh kafe "The Sea is Ours" itu bertujuan untuk mempromosikan isu budaya dan sejarah yang diluluskan oleh kerajaan Hamas.

(FOTO AFP)

"Saya harap satu hari nanti akan ada pawagam, jadi saya boleh pergi ke pawagam dan makan bertih jagung," kata Mohammad Zidan yang berusia 13 tahun.

Pawagam pernah berkembang pesat di Gaza, dengan rakyat Palestin berpusu-pusu menonton filem Arab, Barat dan Asia, tetapi dibakar dalam Intifada Pertama pada 1987 dan kemudiannya dibakar semula pada 1996 semasa gelombang keganasan yang berlaku antara Fattah dan Hamas.

Walaupun rakyat Gaza dapat pergi ke tayangan filem yang diadakan dari semasa ke semasa di pawagam tempat lain, tayangan filem penuh dan ditayangkan selama beberapa minggu di tempat itu, adalah sesuatu yang jarang berlaku.

"Kami boleh mendapatkan filem pada telefon bimbit, tetapi ini adalah sesuatu yang baharu dan bagus," kata Hadeel Hejji, 15 tahun.

Ali Mhana, 35, pemilik kafe dan penulis drama tempatan berkata dia tidak pernah menonton pawagam biasa.

"Di laut, anda tidak perlu mencari penonton. Orang ramai di sini sepanjang masa, termasuk kanak-kanak, yang tertarik dengan bunyi dan imej lalu datang menonton filem," kata Mhana.-AFP

Media Baharu